Terma dan Syarat
1. Puncak Angin Homestay dikhaskan untuk pelanggan beragama Islam sahaja.
2. Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa. Jika didapati ada keraguan, kami berhak meminta pelanggan untuk mengemukakan kad pengenalan, surat nikah atau bukti pertalian saudara yang mahram.
3. Tempahan hanya akan disahkan setelah bayaran deposit sebanyak RM50 dibuat.
4. Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui akaun Maybank (no. akaun akan diberi melalui SMS).
5. Tempahan yang masih berstatus ‘pending’ (belum membuat bayaran deposit) akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang membuat pembayaran terlebih dahulu.
6. Bayaran penuh hendaklah dibuat secara tunai sewaktu menerima kunci ketika check-in.
7. Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-out pada jam 12:00 tengahari.
8. Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
9. Sentiasa menjaga kebersihan Puncak Angin Homestay sepanjang menginap di sini.
10. Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama, jenayah, tidak bermoral dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.
11. Pelanggan dilarang membawa haiwan peliharaan, minuman keras dan bahan-bahan yang haram ke dalam Puncak Angin Homestay.
12. Penghuni dilarang merokok di dalam premis Puncak Angin Homestay.
13. Pihak kami berhak menuntut ganti rugi bagi barang yang hilang/rosak.
14. Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan (bergantung kepada situasi tertentu).
15. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya
i) Sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, handphone, barang kemas, beg duit dll) dengan baik
ii) Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup / kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang / malam.
iii)Tidak meninggalkan pakaian yang dijemur di ampaian jika ingin keluar.
16. Puncak Angin Homestay berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma & Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment